Rabu, 17 Februari 2010

kesan jalur lebar

jalur lebar memberi kesan besar kepada kehidupan hari ini.Pada hari ini maklumat semakin mudah didapati, maklumat juga semakin cepat tersebar pada masa kini.hanya sekali klik beribu ribu makumat akan terpapar di monitor komputer.tidak kira maklumat kita dapati dari Amerika Syarikat atau New Zealand maklumat itu akan sampai kepada kita hanya beberapa saat sahaja.namun maklumat yang terdapat di dalam internet tidak selalunya tepat dan benar.Pengguna internet pada masa sekarang lebih mempercayai internet berbanding sumber yang lain.Dengan keupayaan jalur lebar menghantar maklumat dengan pantas maka pantaslah maklumat palsu tersebar.Oleh itu kita perlu berhati hati dengan maklumat kita temui di dalam internet.

kelebihan jalur lebar

dengan menggunakan jalur lebar (Broadband),penggunaan internet lebih pantas berbanding melayari internet menggunakan modem telefon biasa.Maka lebih pantaslah memuat turun sesuatu.selain itu, tidak perlu kita menunggu 'loading' yang lama untuk menonton video klip di youtube. kita juga tidak perlu menunggu lama sehingga lima minit untuk membuka e-mel.

Selasa, 16 Februari 2010

Apa itu jalur lebar?

berdasarkan kamus dewan edisi keempat, jalur membawa maksud spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yang ditetapkan dalam sistem telekomunikasi.manakala lebar pula ialah lapang,luas,tidak sempit.